skip to Main Content
Taman Desa Ara
(Fasa 1A & 2B)
Ringkasan Projek

Nama Projek › Taman Desa Ara (Fasa 1A & Fasa 2B)

Jumlah Unit › 440

Jenis Rumah › Rumah Teres 1 Tingkat, Rumah Berkembar 1 Tingkat, Rumah Bandaran Kos Rendah

Status › Telah siap

Keluasan › 26.65 ekar

Pemaju Terlibat

Nama Pemaju › GDW Mengkuang Sdn. Bhd.

Kemudahan

• Surau     • Dewan Serbaguna     • Taman Permainan

Pengenalan Projek

Taman Desa Ara terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan Bandar Tasek Gelugor. Pelbagai kemudahan awam yang ada di sekitar kawasan Taman Desa Ara seperti Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Klinik Kesihatan Lunas dan pekan Lunas. Lokasinya juga berdekatan dengan susur keluar Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) yang memudahkan perjalanan untuk ke pusat bandar Seberang Jaya.

Pembinaan Taman Desa Ara merangkumi pelbagai jenis pilihan rumah yang telah siap seperti Rumah Teres 1 Tingkat jenis A, jenis B dan jenis C, Rumah Berkembar 1 Tingkat dan Rumah Bandaran Kos Rendah. Rekabentuk yang moden dan menarik telah diterapkan dalam pembinaan ini supaya dapat memberikan kepuasan dan keselesaan yang maksimum kepada pemilik bersama keluarga tersayang serta dikelilingi suasana kejiranan yang harmoni. Sebanyak 440 buah unit rumah telah siap didirikan. Pemaju yang terlibat dalam menjayakan projek ini ialah GDW Mengkuang Sdn. Bhd.

Projek Taman Desa Ara melibatkan pembinaan di Lot 369, 1217, 1218, 1219, 1763, 1768, 1770 dan sebahagian Lot 1769, Mukim 13, Ara Kuda, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Pembangunan bagi projek ini terdiri dari dua (2) fasa di mana pembangunan bagi Fasa 1 (1A dan 1B) telah siap dilaksanakan dan telah diduduki oleh pembeli. Sebanyak 224 unit pembinaan telah siap bagi Fasa 1A dan 182 unit pembinaan bagi Fasa 1B di kawasan seluas 26.65 ekar. Sijil Layak Menduduki (CCC) telah diperolehi pada 11 April 2016.

Antara kemudahan yang disediakan ialah Surau, Dewan Serbaguna dan Taman Permainan.

Galeri Projek
Galeri Projek
Back To Top