skip to Main Content
Perda Valley
Ringkasan Projek

Nama Projek › Perda Valley

Jumlah Unit › 2,029

Jenis Rumah › Rumah Teres Kos Rendah, Rumah Teres 2 Tingkat, Rumah Berkembar 2 Tingkat, Kedai Pejabat 2 Tingkat

Status › Dalam Perbincangan

Keluasan › 220 ekar

Pemaju Terlibat

Nama Pemaju › Maple Meadow Sdn. Bhd.

Kemudahan

• Surau     • Dewan Orang Ramai     • Tadika

Pengenalan Projek

Perda Valley adalah suatu pendekatan pembangunan sebuah bandar satelit dengan tapak seluas 220 ekar yang terletak di Kubang Menerong. Tema yang ingin diterapkan dalam pembangunan projek ini adalah berkonsepkan Islamik yang membawa maksud sejahtera. Pembangunan ini meliputi semua aspek kehidupan merangkumi kawasan kediaman, perniagaan, ilmiah, riadah dan sebagainya. Pembangunan ini juga adalah untuk menarik pelabur berpotensi selain daripada pemaju-pemaju komersial untuk memperkuatkan lagi konsep pembangunan.

Kedudukan Perda Valley bersebelahan dengan jalan utama Tasek Gelugor. Kawasan ini berhampiran dengan bandar Kepala Batas dan Tasek Gelugor bagi memudahkan para penduduk melakukan tugas harian. Perjalanan untuk ke Bandar Kepala Batas mengambil masa selama 10 minit manakala untuk ke Tasek Gelugor adalah 3 minit sahaja. Selain itu, antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah masjid, pejabat pos, perpustakaan awam, dewan serbaguna, hotel dan hospital. Perda Valley juga berdekatan dengan kawasan sekolah dan institut pengajian tinggi seperti Sekolah Rendah Tasek Gelugor, Maktab Rendah Sains Mara, Institut Latihan Perindustrian dan sebagainya. Berteraskan konsep Islam, para penduduk akan dapat menjalani kehidupan yang lebih harmoni di samping keluarga tersayang dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Perda Valley mempunyai beberapa kategori rumah yang sesuai untuk semua peringkat pendapatan. Antara kategori rumah untuk projek ini adalah Rumah Teres Kos Rendah, Rumah Teres 2 Tingkat dan Rumah Berkembar 2 Tingkat.

Perda Valley mempunyai beberapa kategori rumah yang sesuai untuk semua peringkat pendapatan. Rumah Teres Kos Rendah 1 tingkat yang mempunyai 441 unit. Kategori kedua ialah Rumah Teres 2 tingkat yang mempunyai 1173 unit. Manakala, Rumah Berkembar 2 tingkat mempunyai 294 unit dan Rumah Pangsapuri Kos Rendah yang mempunyai 104 unit terletak dalam kategori terakhir.

Pemaju yang terlibat dalam menjayakan projek ini adalah Maple Meadow Sdn. Bhd.

Back To Top