skip to Main Content
Pengurusan Ladang Sawit
Pengurusan Ladang Sawit

Bermula September 2017, PVI telah mengusahakan sendiri ladang-ladang kelapa sawit yang sebelum ini disewakan.

Beberapa persediaan pelaksanaan kerja telah dijalankan di dalam kawasan ladang adalah seperti berikut:


Permohonan Lesen

Permohonan Lesen Estet – ET (untuk menjual buah kelapa sawit dari ladang sendiri) dari Malaysian Palm Oil Board (MPOB).


Bancian pokok

Bancian pokok telah dilakukan untuk memudahkan pengurusan dalam kerja-kerja dan pengurusan kerja ladang.

Kerja pembancian dilakukan mengikut pecahan plot yang telah ditetapkan dan jumlah pokok bagi keseluruhan kawasan adalah sebanyak 27,112.


Pembersihan kawasan ladang

Kebersihan kawasan ladang amat dititikberatkan untuk memudahkan operasi ladang dijalankan. Pembersihan ini juga dijalankan bagi memastikan keselamatan semasa bekerja serta bertujuan untuk memastikan pokok dapat menyerap baja yang optimum supaya dapat meningkatkan produktiviti ladang.


Membaikpulih infrastruktur

Sistem perparitan yang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik telah menjejaskan kawasan pesekitaran dan menyebabkan air bertakung ketika hujan. Oleh itu, kerja membaikpulih kawasan ladang dan jalan telah dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kawasan tersebut bertakung ketika musim hujan sekaligus menjejaskan kesihatan pokok dan memperlahankan kerja yang perlu dilaksanakan.

Galeri Ladang Sawit
Back To Top