CADANGAN PEMBANGUNAN PADANG SINTETIK
[KHAS UNTUK BUMIPUTERA]
CADANGAN PEMBANGUNAN PADANG SINTETIK DI SEBAHAGIAN LOT 15620, MUKIM 12 KUBANG MENERONG DAN/ATAU DI SEBAHAGIAN LOT 11308 (LOT LAMA 1642) MUKIM 13, JALAN ARA KUDA, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.
Tawaran Permintaan Untuk Cadangan (RFP) ini dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan keutamaan diberikan kepada syarikat milik Bumiputera. Syarikat hendaklah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dan keutamaan diberikan kepada syarikat yang berpengalaman dalam bidang berkaitan cadangan RFP yang akan dikemukakan.
Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 25 Mei 2023, 10 Pagi bertempat di Pejabat PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd., Midtown PERDA, Kubang Menerong.
Jualan Dokumen akan mula dijual selepas lawatan tapak sehingga 12 Jun 2023 yang berharga RM500.00 tunai.
Serahan dokumen selewatnya pada 15 Jun 2023 sebelum jam 12.00 tengah hari.