Taman Perda Indah Fasa 4

Pengenalan Projek:
Taman Perda Indah ini adalah merupakan sambungan pembangunan bagi Fasa 4. Projek ini telah diambil alih oleh pemaju GDW Mengkuang Sdn Bhd. Lokasi projek ini terletak dalam lingkungan kawasan yang strategik, iaitu berhampiran dengan Bandar Bertam, Bandar Tasek Gelugor dan hanya mengambil masa 8 minit ke Lebuhraya Bertam yang berjarak 6.7km. Kemudahan awam seperti sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi, Hospital Kepala Batas, Kiosk Bertam, Mydin Cawangan Bertam, Masjid Abdullah Fahim, Politeknik Metro dan lain-lain institusi kerajaan juga berada berhampiran dengan Taman Perda Indah. Hal ini menunjukkan kawasan Taman Perda Indah berada tepat dalam kawasan yang pesat membangun serta dikelilingi kawasan alam semula jadi.
Taman Perda Indah ini merupakan projek yang merangkumi Rumah Teres 1 Tingkat.
Kemudahan yang boleh didapati di Taman Perda Indah ialah Surau, Dewan dan Pusat Perniagaan.
Ringkasan Projek:
Pemaju Terlibat:
GDW Mengkuang Sdn Bhd
Kemudahan:
Dewan, Surau dan Kawasan Lapang
