Mutiara Utama

Pengenalan Projek:
Mutiara Utama adalah suatu pendekatan pembangunan Rumah Mampu Milik dengan tapak seluas 356 ekar yang terletak di Pongsu Seribu. Pembangunan ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana bagi memiliki kediaman sendiri. Rumah Mampu Milik ini akan dijual pada harga RM200,000.00 seunit dengan keluasan 900kp. Selain pembangunan Rumah Mampu Milik, unit komersial iaitu Kedai Pejabat 2 Tingkat dan 3 Tingkat turut akan dibangunkan di atas cadangan tapak pembangunan ini. Sehingga kini, cadangan projek pembangunan ini masih lagi di peringkat menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk dibangunkan.
Pemaju-pemaju yang terlibat adalah PGK Konsortium Sdn. Bhd., Misi Idaman Sdn. Bhd., Prima Budiman Sdn. Bhd dan Lion Mart Sdn. Bhd. Kemudahan yang disediakan di Mutiara Utama ialah Surau dan Dewan Orang Ramai.
Ringkasan Projek:
- Jenis Rumah › Rumah Mampu Milik, Kedai Pejabat
- Keluasan › 356 ekar
Pemaju Terlibat:
PGK Konsortium Sdn. Bhd. / Misi Idaman Sdn. Bhd. / Prima Budiman Sdn. Bhd. / Lion Mart Sdn. Bhd.
Kemudahan:
Surau, Dewan Orang Ramai
